22 December 2011

Realiti

Sedar tak sedar, kita dah semakin menghampiri penghujung tahun 2011. Pada diri aku, angka 2011 banyak membawa nilai signifikan dalam hidup aku. Banyak peristiwa penting dalam hidup aku berlaku dalam tahun ni. Masa berlalu pantas, tersangat pantas. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu.

Sedar tak sedar, dah hampir setahun aku tak bersua muka dengan cinta hati. Jiwa resah dan kacau ditikam rindu. Sedar tak sedar dah dua tahun aku meranjau kat dunia maya ni. Banyak benda aku pelajari dalam tempoh dua tahun tu. Aku harap cara aku menyampaikan idea semakin tersusun dalam bentuk aksara. Aku mahukan kematangan dalam mengekpresikan diri.

Bila aku kemaskini perkembangan diri sendiri, aku sedar aku masih lagi jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dompet masih lagi kurus, Iman masih lagi suam-suam kuku, Jiwa masih lagi bergolak. Ilmu yang ditimba terasa masih lagi kurang. Sampai bila aku nak teruskan hidup macam ni?

Aku sedar aku amat perlukan "trigger" untuk mengubah keadaan diri aku. Berubah itu sakit. Berubah itu pedih. Berubah itu susah. Aku akui masih ada lagi terselit keraguan dan ketakutan yang kabur setiap kali aku cuba melangkah dan membuat keputusan.

Ketakutan itu tak pernah dapat aku tafsirkan dengan aksara. Aku sendiri pun tak jelas dengan apa yang aku takutkan. Kata Ibu, "Hidup ni semuanya berkenaan dengan risiko. Ambil satu kata putus, teruskan dengan keputusan tu. Paling teruk pun mati. Dah mati, tamatlah semua risiko tu".

Acapkali aku cuba aplikasikan nasihat Ibu dalam setiap tindakan aku, aku masih lagi dihantui ketakutan yang sama. Aku sedar usia aku kian menginjak dewasa. Kadang bila melihat sahabat sahabat lain mula berkomitmen dengan serius (berkeluarga misalnya), aku masih tercongak-congak risiko yang bakal aku tempuh di kemudian hari.

Resah.

Aku cuma harap aku punya cukup ruang dan ketika untuk melaksanakan agenda-agenda yang masih tertangguh sebelum cukup tahun ini (kalau sempat).


21 December 2011

WW #7 : The Spitting Admiral


05 December 2011

Politik dan Anak Muda

Pemuntahan fikiran dalam bentuk aksara. Benda yang paling aku malas nak buat tapi aku rasa perlu. Tak lama dulu aku pernah tulis pasal Parlimen Belia. Dalam penulisan aku tu, aku terangkan serba ringkas pasal pengertian belia, persoalan pasal relevan Parlimen Belia beserta dengan contoh kes UKM 4 yang berlaku tak lama dulu. Kali ni, aku nak berkongsi pasal apa yang aku perhatikan dalam diri anak muda sekeliling aku.

Aku salah seorang penghuni tetap garis masa di #Twitterjaya. Dalam komuniti blog mikro tu, ada banyak manusia berlainan  profession, latar belakang kehidupan, usia dan pandangan. Audiens aku kebanyakannya anak muda.

Dari pemerhatian aku, rata-rata anak muda tak ambil pusing sangat pasal politik kat Malaysia ni. Ramai yang melabel politik ni karut, tak signifikan dengan dengan kehidupan muda remaja katanya.

Ada yang kata politik ni bosan, tak best, bullshit, merepek. Bila ditanya apa yang mereka faham pasal politik - yang terpacul jawapannya tak lain tak bukan pasal isu-isu politik yang berlaku kat negara ni. Bila sebut je perkataan politik, berapa ramai yang terbayangkan muka Jibby, muka Rosmah, muka #YoRais, muka Anwar, muka Saiful, muka Lim Guan Eng, muka Nik Aziz? Betul tak?

Pada aku, perihal politik ni sesuatu yang kau tak boleh nak elakkan. Mana sahaja kau pergi mesti ada politik. Cuma kau sedar atau tak kau dalam Political Environment. Be it dari budak-budak poyo MPP yang kau meluat tu, sampai ke tempat kerja kau - mesti ada politik. Kau kena asingkan politik dengan politikus. Kalau politikus tu berpolitik macam gampang, tak semestinya politik tu mesti itu gampang sekali. Luaskan sikit pemikiran kau. Jangan asyik khayal dengan realiti sempit kehidupan kau yang tak seberapa tu.

Setidaknya, daripada kau terus label politik itu bullshit, baik kau ambil tahu serba sedikit, luangkan sikit masa perhatikan situasi politik di sekeliling kau tu. Kau  bukan jadi muda belia bukan selamanya. Sampai masanya nanti, kau akan matang, kau akan sedar benda ni penting. Benda ni bakal mempengaruhi kehidupan generasi kau di masa hadapan.

Sampai bila kau nak campak semua urusan berpolitik ni kat orang-orang yang veteran? Sampai bila kau nak berJustin Bibir, berSelena Gomeh, berKpork, BerYuna, BerIndie, BerCinta Muka Bulu, BerHijabsters, BerOmbak Rindu? Sampai bila?

Bila sampai masanya, bila kau tahu hak kau sebagai anak muda tertindas, jangan sekali kali kau complain lah. Jangan bitch, jangan whine hatta sikit pun sebab kau sendiri yang cakap politik tu bullshit, merepek, tak relevan dengan hidup kau kan? Jangan jadi lalang. Jangan jadi bebal. Jadi anak muda belia yang alert sepanjang masa. Kalau rasa diri tu dah layak nak mengundi, pergilah daftarkan diri sebagai pengundi. Jalankan tanggungjawab kau sebagai rakyat negara ni. Educate diri kau pasal hak-hak kau sebagai anak muda. Kau tahu menjerit, maki hamun kat ruang maya tak akan mengubah apa-apa.

P/s:
Aku suka tengok That Effing Show dekat Youtube.




30 November 2011

WW #6 : Ghost


17 November 2011

Long Distance Relationship



Not so long ago, ive written an entry about Long Distance Relationship. In my experience, i have engaged in this kind of relationship for quite a few times. None of it ended well. Yet, here i am engaging in another form of long distance relationship.

And this time, i have made a promise to myself that i am going to make this work no matter what. Walking your own talk when it comes to relationship is hard. Its almost 2 years now. Next year, on February 28th,it will be our second anniversary.

Its been 7 months since the last time i saw her, holding her in my arms. Its been 7 months since the last we meet, holding hands and talk about our future. The feelings i held inside is unbearable.

After watching this video, i almost shed manly tears tho. I know how it feels like to be apart from the person you loved the most. Just in his case, its the worst. He will never see his girl ever again. I just cant stop thinking ; if this happens to me, can i move on?

Can i just forget everything that happened between me and her? Can i just let my memories about her dissolve just like that? I dont know. Seriously, i just dont know the answer.

Perhaps, i just couldn't move on with my life if something like this happens to us.

Dear Love, know this.

No matter how far the distance sets us apart, i wont let you go.

I Miss You.